Yeah. Tengok tajuk pun dah tahu kan. Merapu rapan adalah kerja aku. Suka ke, tak suka ke, itu bukan masalah aku, hoahaha.
Pada umur akhir 21 tahun ni, tiba-tiba rasa nak mula menulis. Bukan sebab nak femes macam blogger-blogger lain, sekadar meluah apa yang ada di dalam lubuk dada gittew. Dulu pernah ada blog juga tapi disebabkan kebosanan dan ketidakretian menulis, aku berhenti. InsyaAllah kalau rajin, aku rajin lah menulis HAHA.
Sebenarnya tak tahu lah sejauh mana semangat aku menulis ni. Sekarang dah tahun akhir di sebuah universiti di Malaysia ni. Senang cakap, aku budak UKM Bangi HAHA. Sibuk ??? Memang sangat sibuk tapi tahap kemalasan aku menguasai segala-galanya *hantuk kepala kat dinding*
Aku tak kisah ada orang baca ke, takde orang baca ke, asalkan aku rasa lega menulis kat sini. Bahasa yang aku guna, mungkin akan bercampur-baur. Melayu baku? Melayu pasar? Melayu shortform? British English? American English? I don't mind. And who cares? HAHA
Apa-apa yang aku tulis, mungkin ada kaitan dengan orang lain, mungkin ada kaitan dengan aku dan mungkin rekaan semata. SUKA HATI aku la, blog aku kan HAHA. Tapi insyaAllah, adakala jika ada ilmu yang baik, akan aku kongsikan. Untuk saham akhirat, mungkin.
Apa yang baik, ambil jadikan teladan. Yang buruk dari aku, jadikan sempadan. Aku hanya GADIS GENIT yang biasa, jauh untuk menjadi yang luar biasa, tapi semoga menjadi yang luar biasa hebat untuk mereka yang menghargai aku, biiznillah.
Akhir kata dari aku, AKU HANYA GADIS GENIT YANG BIASA
No comments:
Post a Comment