Saturday 11 January 2014

Are You A Real Blogger ??

A real blogger ? Can someone define 'real blogger' to me ? *asking uncle google*

Well, when it comes to the blogging matter, few questions keep playing in my mind.

1) where do you guys get the idea to write ??? some people are really good in choosing the topic .. me ? hell not ! I'm still in my world *keep dancing*

2) when will you write ?? do you guys really have much time to write this and that ? how many hours would it takes to finish up one single entry ??

3) what do you get from blogging ? money ? friends ? FRIENDS ??? do you mean, 'imagination friends' ?

4) how can you guys are so good in 'decorating' your blog ? so fancy meh . *me ? well, I just can't deny that I'm not good in IT-thingy, lalallaa*

5) some of you may have hundreds of followers. even thousands !! do you know all of them well ? or it is just a matter of number ? ikikikiii *me ? dont ask me, i asked u first*

well, enough for this time. Happy Blogging Peeps

Thursday 9 January 2014

Hati Kecil Seorang Wanita Tua

Dia, seorang wanita tua yang luarannya tampak begitu lemah, tidak bermaya. Helaian rambut putih memenuhi kepala, menandakan betapa usianya meningkat tua.

Namun, hati kecilnya tidak terlawan dengan gagahnya seorang jejaka. Anak yang dikandung, dijaga dan dididik tanpa dihirau segala duka. Apa yang dia tahu, dewasa lah anak-anak dengan sempurna.

Helaian rambut yang memutih seolah tidak terkesan langsung. Dia lakukan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan. Sanggup menahan lelah menjaga seisi rumah. Apatah lagi kini sanggup bersengkang mata menjaga cucu, tatkala si anak lelaki sedang lena dek kepenatan bekerja, dan si menantu enak dibuai mimpi seolah tidak mengerti lelah si ibu mertua.

Sering kali hati wanita tua ini terluka, namun tidak diberitahu kepada mereka yang menyakiti, dikhuatiri mereka kan bermuka. Dia rela hatinya diremuk redam, sekadar meluah kepadaku, untuk mengurangkan gusar di hati.




Aku tidak mampu melakukan apa-apa. Cukup sekadar membalas bait-bait pesanan ringkas dengan gurauan, untuk menyenangkan hati tua nya. Mana mungkin aku mengapi-apikan kakak ipar aku sendiri ? Mana mungkin aku menghukum mereka ? Oh, aku tidak dididik sebegitu sejak kecilku.

 "kadang-kadang mak rasa mak ni macam amah je" Aduh !! Kata-kata yang mampu mengalirkan butiran jernih di mataku. Usia tuanya itu tidak patut diperlakukan sebegitu. Apa dayaku, tinggal berjauhan demi melaksanakan amanah untuk menimba ilmu di rantau orang.

"Emak, sabar ya. Nanti kakak balik, kakak tolong mak ya. Sayang mak sangat-sangat". Hanya itu yang mampu ku detikkan di dalam hati. Tidak terucap dek kata-kata, tidak mahu butiran jernih mengalir laju, tidak mahu dilihat lemah akan diriku. Biarlah aku sekuat wanita tua itu. 

Wednesday 8 January 2014

People's Bad Side

Erm, otak tepu dah sebenarnya nak merapu rapan apa ni .. Nak bebel apa pun macam tak reti dah .. Kes musim final exam kut KIKIKI ...

OKAY, berbalik kepada topik utama, PEOPLE'S BAD SIDE  .. well, yeah nobody is perfect right .. So we do have that bad side .. Seorang pun takkan terlepas, dan takkan boleh lari dari bad side ni ..

Apa sebenarnya bad side ni ?? Senang cerita, keburukan diri la .. Simple isn't ? Well, i'm not going to list down all the bad sides of mine, even yours *cause i don't know you HEHE*

Cumanya nak cakap, ambil la segala bad side kepunyaan sendiri sebagai kayu pengukur untuk kita berubah .. Dan ambil la segala bad side orang lain secara positif, bukannya sebagai satu point untuk kita kutuk orang tu ..

Aku ada cerita untuk diceritakan .. Panjang sebenarnya, tapi mesti orang bosan baca panjang-panjang so aku akan pendekkan.

Cenggini ha, nk dijadikan cerita, seorang gadis ni menjadikan bad side orang lain sebagai alasan untuk dia tidak berubah .. Weeeyy weey kau merapu ape ni, tak paham la ! OK, camni, gadis ni nama Minah (bukan nama sebenar). Minah ni free hair .. Susah untuk dia berubah untuk menutup segala aurat dan urat yang mampu mencabar keimanan seorang lelaki HA camtuh !

Kenapa susah ? Sebab dia ada negative mind set --> 1)kau tengok perempuan pakai tudung tu. Aku kenal dia weh. Selalu nampak dia bertenggek atas motor dengan pakwe dia. Buat ape pakai tudung kalau macam tu. 2) Semalam aku pergi makan kat kedai ni. Pekerja dia semua pakai labuh-labuh. Siap ada yang berpurdah bagai tapi, 30sen pun berkira. Alim sangat la konon. 3) Kawan aku tu, walaupun dia solat tak tinggal, tapi tengok la pakaian dia, tak pakai stokin pun. Sama je macam aku !

Ha nampak tak ? Selagi mana dia mempunyai pandangan macam ni, sampai kiamat pun dia takkan berubah. Sampai kiamat pun dia takkan rasa nak ikut perintah Allah. Sebab dia tak ambil bad side orang lain secara positif.

Daripada dia pikir seperti yang di atas, kenapa dia tak pikir je macam ni--> 1)Dia pakai tudung tapi bertenggek atas motor dengan pakwe. Takpe, mungkin dia belum belajar tentang batasan dengan lelaki bukan mahram kut -_-' 2) Pekerja dia nampak je macam alim tapi berkira kan. 30sen pun suruh bayar. Eh memang lah. Urusan niaga kan memang kena telus, tulus dan mulus gitu ! Kalau aku kedekut nak bayar, aku pun berkira jugaklah !___! 3) Yang penting tiang agama dia tak tinggal. Solat penuh 5waktu. Pakaian tu insyaAllah nanti beransur-ansur tutup la. Aku ni ?? Errrr tampor diri sendiri.

Haa, kan senang kalau sentiasa berfikiran positif, dan reflect balik bad side orang lain untuk tengok diri sendiri. Satu jari kita tuding dekat orang, empat jari tuding kat kita balik tau.

So kesimpulannya, bersihkan hati, bersihkan fikiran. Lakukan perubahan sementara nyawa belum cecah ke kerongkong tu. Allah Maha Pengampun dan Dia Maha Penyayang. Istighfar banyak2 bila hati mula berbisik jahat. Twist the bad side, make it all right ^^ Biiznillah

Segmen : Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah

Ayuh raikan ukhuwah dan berkongsi ilmu, insyaAllah ..

Buang yang keruh, ambil yang jernih,  (^_^)_v







Saturday 4 January 2014

Handphone Giveaway by Syuhada1981.com

http://www.syuhada1981.com/2014/01/handphone-giveaway-by-syuhada1981com.html#.Usf0H9IW2ON

TADAAAA .. mcm seronok je ... jom la join .. kut2 ada rezeki ke kan .. BISMILLAH

p/s : berlangsung selama sebulan iaitu dari 1hb Januari - 31hb Januari 2014.

Thursday 26 December 2013

Menghilangkan Diri kerana Kekasih Hati

Haaaaaaa .. Dah lama rasanya aku tak menulis kat sini kan .. Tersangatlah lama .. Last bulan Oktober kot.. Pasaipa ?? Pasai aku busy yang amat !! Dengan tesisnya, assignment yang menggunung, projek itu, projek ini, report situ, report sini ... Yang paling menyayat hati aku, kekasih hati aku sakit ...

Haa betul, kerana kekasih hati aku sakitlah, aku stop menulis buat sementara waktu.. Dia sakit, tanpa aku bersedia, dia terus tumbang tak bangun-bangun .. Resah hati hanya Allah yang tahu .. Dah la tesis aku kat dalam tu woiii !! Takde copy pulak tu ... SABO je laaaaa laptop ni ha ... GRRRR ..

Tu la kekasih hati aku, si ASUS .. 3tahun lebih aku pakai, tetibe nak sakit pulak .. tapi Alhamdulillah, segala kerja dapat aku submit on time, dan sekarang laptop dah okay, serta segala mak nenek dalam laptop pun berjaya diselamatkan ..

Member abang aku repair, melayang la RM500 .. perghh, nasib bukan duwet aku HAHA .. so insyaAllah sekarang boleh start meghapu ghapan lagi bila-bila free =)

p/s : sekarang tengah study week .. 2januari start final exam dah .. GoodLuck to me YEAY

Sunday 27 October 2013

Siapa Taknak Benda Percuma- Mini Giveaway #2 By Nabila Medan

Tadaaaa .. Tiba-tiba rasa nak buat entri ni. Mana tahu rezeki hehe. By the way, for more info, just click and explore the owner's blog since I do not have much time to spend here. Assignment sedang membukit !!

Click, explore and have fun !! --> +Nabila Medan



CLICK BANNER!!

Friday 25 October 2013

Buta Ke ??

Apa kes buta-buta ni? Kahwin dengan cina buta ke apa? Oh langsung tidak.

'Rajin' nak merapu rapan panjang-panjang malam ni sebab rasa mengantuk menguasai mata !_!
*mak saya marah guna perkataan M***S tu, jadi saya akan cuba belajar guna perkataan rajin pulak.

Jadi, straight forward to the point okay. Aku ni ha yang sebenarnya buta. Bukan buta mata, bukan jugak buta hati, tapi buta main blog HAHA. Memang banyak sangat lagi kekurangan blog aku ni ha. Nak google banyak-banyak pun tak sempat lagi. Kerja aka assignment yang menimbun tengah tunggu untuk dikerjakan. Tapi alhamdulillah, sikit sebanyak mendapat nasihat daripada akak  +Ayu Zan .

InsyaAllah ada masa nanti, akan diperbaiki akan belog ini HEHEH.

Setakat ni je dulu kot untuk kali ni. Segala kekurangan belog ini harap dapat ditegur oleh mereka yang telah lama dalam bidang ini. Kalau boleh, TUNJUK AJAR ku siputt hehe. OKAY then. daaa


nampak tak kemengantukkan kucing tu, haa.. MOTIP ?

Thursday 24 October 2013

Nak Gigit Sikit, Boley ?

Tadi siang kan, pergi cari barang dengan kawan-kawan untuk buat boardgames yang akan disumbangkan kepada adik-adik darjah tiga di sebuah sekolah ni. We have to create and design the boardgames which consists of language games. Memandangkan kami ni budak yang belajar English Language, haruslah buat language games right Y_Y. Not that easy sebab nak kena tahu level adik-adik darjah tiga tu. Kang sekali buat sampai tahap dewa, ternganga adik-adik tu kang.

Tapi kali ni taknak cerita pasal projek kami tu lagi. Nak cerita bab gigit menggigit ni ha. Ada orang gigit I uols. OKAY tipu. I yang gigit orang lain adalah HAHA. OKAY tipu lagi sekali.

Sebenarnya, dalam misi mencari barang-barang tu, kami TERmasuk dalam satu kedai ni, Ya Allah, seronoknya masuk kedai tu. Banyak sangat barang dia dan semua sangaaat comel. Rasanya kalau gadis-gadis dan para wanita yang pergi, mahu semua menjerit HAHA. KOT la Y_Y. Bukan setakat teddy bear yang bersepah malah ada benda-benda lain yang sangat menarik perhatian aku dan member. Meh layan gambar-gambar kat bawah ni hokeh.



sayuuuu je hati tengok anak-anak dibiarkan begitu sahaja. mereka seperti berkata 'belilah kami. kami tak mahu tinggal di sini lagi' erkkk



nampak tak kecomelan menda alah ni. siap terjuntai kaki.



senyum seindah suria dalam kehidupan. peace no war yaw !


see, how cute they are. tapi kalau aku, aku takkan beli. tak elok simpan benda macam ni dalam rumah/bilik kita. takut malaikat rahmat tak masuk.



DAAAANNNN, yang paling mengHEKSAITEDkan aku ialaaaah :



TADAAAA ... food stall !! haha. nampak macam real food isn't ? seriously aku heksaited jumpa mende alah ni. comel jihler taw dak !!


see. macam mana laa aku tak rasa nak gigit semua-semua nih. 


nampak tak ?? macam real punya kan. dah la tengah lapar masa ni. rasa nak ngaaapp terus. bau dia pun sedap


macam-macam ada. cupcakes, donnut, cakes, bun and etc. wargh !! so tempting


mcm real ice cream right. SLUUURRPP !!


kalah donnut big apple camni HAHA. 


Harga benda-benda comel ni hanyalah RM10 untuk 3 ketul (untuk yang kecil) dan 2 ketul (untuk yang besar). Sangat comel, sangat menyelerakan. Kami warga gadis ni sangat la heksaited jumpa benda-benda ni. Kalau yang real, rasanya dah lama habis kot hehe. So itu sahaja untuk hari ini. Penat jalan-jalan tadi. Mintak diri dulu la ye, papai ^^

p/s: gambar kurang berkualiti sebab guna camera henpon cam ayam kepala satu Y_Y
      benda alah comel ni ada di jual di Metro Kajang, tingkat atas sekali berhampiran food court

Monday 21 October 2013

Hantuk Kepala kat Dinding

Pasaipa aku nak hantuk hantuk kepala kat dinding ni ??? Apa salah dinding eh ? WUWUWUU

Dinding tak salah pun, dan bukan salah aku. Aku je stress memanjang dan bercita-cita untuk melakukan aksi tersebut dengan penuh harapan semoga stress semua tu akan pergi terbang melayang dari hidup aku. OK DRAMA SANGAT.

Stress, yup memang stress. Tapi normal la kan. Orang gilar je kot takde nak rasa stress. KOT LA. Aku tak tahu sebab tak pernah nak jadi gilar lagi, nauzubillah.

Taknak meghapu ghapan banyak malam ni sebab esok ada kuiz untuk subjek Language and Intercultural Communication. WEEH menatang apa tuuuu HAHA. Baru kau tahu, tengok nama subjek pun dah pening kan. Well, aku budak English Language kalau awok-awok semua nak tahu *taknak tahu takperrr :P

So, itu je la kot untuk malam ni. Aku nak sambung setadi-lah-kununnyer pulak. Banyak weh nak kena baca. Reading materials and lecture notes for six weeks uolss. SIX WEEKS nak cover dalam satu malam. Lingkup kau Gadis Genit. Tapi insyaAllah, akan ku usahakan walau sepahit mana akan ku telan jua *kalau tak tahan, baru ludah balik, eeeuww.

OK then, till we meet again. Pray for me, my friends and those who are going to suffer tomorrow, HEWHEW.. Assalamualaikum

Sunday 20 October 2013

Miss Lonely

Yeah, I feel so lonely right now. Life serasa kosong sepertinya hanya aku yang ada dalam dunia ni. Begitulah aku, lebih suka berada dalam dunia sendiri, dunia yang sepi, tanpa sesiapa di sisi. LOSER namanya tu cik kak oiii !!

Begitu ramai orang kat luar sane, buat hape kau tutup pintu dunia kau, tak bagi orang lain masuk. Kan dah dapat habuannya. Well, memang itu cara aku. Sukar untuk bercampur dengan orang lain. Lebih suka bersendiri. Kemudian rasa sunyi sepiii warghhh !!! Entah bila la habit ni boleh berubah. Lepas kahwin mungkin ? EHH gatai pullaaakk.

Dari dulu aku memang tak ramai kawan baik. Susah nak ada kawan baik. Sebab bagi aku, susah mencari kawan yang benar-benar memahami dan sekepala dengan aku. Dan mungkin ada kaitan dengan sikap aku yang kurang peramah mungkin? Aku boleh berkawan dengan siapa-siapa sahaja cuma untuk menjadi rapat itu agak sukar. Orang akan kata aku ni sombong, dengan riak muka aku yang selalu berkerut dahi *dorang kate la* tapi once u get to know me, baghu hang taw sapa aku HAHA. Yup, aku bukan lah pendiam sangat *pemalu mungkin HEWHEW* tapi kalau dah jumpa geng, mesti kecoh punya. Dan aku pasti, ramai lagi orang kat luar sana macam aku ni.

Lupakan kisah di atas. Well, memandangkan aku dah tahun akhir kat sini, aku rasa ni la masanya untuk aku mencipta kenangan bersama kawan-kawan aku yang lain. Aku ni kan over passive, so lemme start my new chapter for this semesters left HOYEAH. Tapi, rasanya masih sama dengan diri aku sebelum ni Y_Y

OKAY, come on, aku try ok. Try bercampur dengan kawan-kawan yang bising2 tergedik sana sini asalkan aku pandai kawal diri aku. That's it. Hang out with them, spend time together and create moments. Mampu ka, aku pun tak taw. InsyaAllah mampu pasai aku taw, nanti aku menyesai seumoq hidop kalau aku takda kenangan masa kt Uni nih. HAIH nasibla.

Doakan aku jadi GADISGENIT yang peramah hokey. HOAHAHA .. nope, i prefer more to be in my own world. OK tipu, aku nak banyak kenangan kat sini, so BAI.. oiii meghapu ghapan haku ni !