Namun, hati kecilnya tidak terlawan dengan gagahnya seorang jejaka. Anak yang dikandung, dijaga dan dididik tanpa dihirau segala duka. Apa yang dia tahu, dewasa lah anak-anak dengan sempurna.
Helaian rambut yang memutih seolah tidak terkesan langsung. Dia lakukan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan. Sanggup menahan lelah menjaga seisi rumah. Apatah lagi kini sanggup bersengkang mata menjaga cucu, tatkala si anak lelaki sedang lena dek kepenatan bekerja, dan si menantu enak dibuai mimpi seolah tidak mengerti lelah si ibu mertua.
Sering kali hati wanita tua ini terluka, namun tidak diberitahu kepada mereka yang menyakiti, dikhuatiri mereka kan bermuka. Dia rela hatinya diremuk redam, sekadar meluah kepadaku, untuk mengurangkan gusar di hati.
Aku tidak mampu melakukan apa-apa. Cukup sekadar membalas bait-bait pesanan ringkas dengan gurauan, untuk menyenangkan hati tua nya. Mana mungkin aku mengapi-apikan kakak ipar aku sendiri ? Mana mungkin aku menghukum mereka ? Oh, aku tidak dididik sebegitu sejak kecilku.
"kadang-kadang mak rasa mak ni macam amah je" Aduh !! Kata-kata yang mampu mengalirkan butiran jernih di mataku. Usia tuanya itu tidak patut diperlakukan sebegitu. Apa dayaku, tinggal berjauhan demi melaksanakan amanah untuk menimba ilmu di rantau orang.
"Emak, sabar ya. Nanti kakak balik, kakak tolong mak ya. Sayang mak sangat-sangat". Hanya itu yang mampu ku detikkan di dalam hati. Tidak terucap dek kata-kata, tidak mahu butiran jernih mengalir laju, tidak mahu dilihat lemah akan diriku. Biarlah aku sekuat wanita tua itu.
No comments:
Post a Comment